ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN V - NAFKAH TANGGUNGAN



Seksyen 97. Kesalahan kerana tidak mematuhi perintah atau hukuman.


(1) Seseorang yang telah menerima atau diserahkan dengan perintah atau hukuman di bawah Bahagian ini dan ia tidak patuh kepada perintah atau hukuman itu dengan tidak ada sebab yang manasabah adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum mengikut seksyen-kecil (2).

(2) Dengan tidak menghiraukan peruntukan-peruntukan dalam Enakmen ini yang menghadkan bidangkuasa jenayah atau kuasa menghukum bagi mahkamah itu, jika perintah atau hukuman itu menyatakan bayaran beransur secara bulanan, maka mahkamah itu boleh menjatuhkan hukum penjara ke atas orang itu selama tidak lebih dari satu minggu bagi tiap-tiap satu bulan bayaran atau sebahagian dari itu yang tidak dijelaskan dan dalam mana-mana kes yang lain tidak lebih dari satu bulan penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.