ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 24. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.

(1) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat-surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan
ta'liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.