ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN V - PENYATA



Seksyen 34. Penyata oleh perkongsian.

(1) Jika perniagaan dijalankan oleh suatu perkongsian -
hendaklah, apabila dikehendaki oleh Setiausaha melalui notis bertulis untuk berbuat sedemikian dalam masa yang di nyatakan dalam notis itu (tidak kurang daripada tiga puluh hari daripada tarikh penyampaian notis itu), membuat suatu penyata atau penyata-penyata pendapatan secara perkongsian seperti dalam borang yang ditetapkan; dan, jika orang yang diminta berbuat sedemikian tidak dikehendaki dalam masa tiga bulan selepas bermulanya tahun itu supaya membuat suatu penyata atau penyata-penyata bagi tahun itu, dia hendaklah dalam masa empat belas hari selepas tamatnya tempoh itu membuat suatu penyata atau penyata-penyata tanpa dikehendaki berbuat sedemikian itu.

(2) Jika suatu perkongsian telah dibubar berkaitan dengan semua pekongsinya, seksyen ini hendaklah terus terpakai berhubungan dengan perkongsian terbubar itu, dan orang-orang itu yang menjadi pekongsi dalam perkongsian itu sebelum sahaja pembubaran itu hendaklah disifatkan terus menjadi pekongsi bagi maksud-maksud seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.