ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 110. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak-

mengeluarkan suatu injunksi menahan pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau akujanji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu injunksi menahan seseorang, lain daripada orang yang mempunyai jagaan atas kanak-kanak itu, daripada membawa seseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.