ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 240. Kehadiran sendiri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh jika difikirkannya perlu memerintahkan supaya mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding hadir sendiri pada bila-bila masa, melainkan jika pihak itu berada di luar Negeri Pulau Pinang, dan kegagalan sengaja untuk mematuhi perintah itu hendaklah menjadi suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.