ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XII - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 113. Orang lain boleh diberikuasa merekodkan keterangan.

Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh menghalang seseorang Hakim Syarie dalam sesuatu perbicaraan menyebabkan nota verbatim dicatat oleh seseorang lain mengenai apa yang setiap saksi mendeposkan sebagai tambahan kepada apa-apa nota mengenai kandungannya yang dibuat atau dicatatkan oleh Hakim itu sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod perbicaraan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.