ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

Bab 5 - PERUNTUKAN TENTANG BON



Seksyen 199. Tatacara mengenai pelucuthakan bon

(1) Bilamana-
bahawa bon itu telah terlucuthak, Mahkamah itu hendaklah merekodkan alasan pembuktian itu dan boleh meminta mana-mana orang yang terikat dengan bon itu supaya membayar penaltinya atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.

(2) Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan atau penalti itu tidak dibayar, orang yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam bulan.

(3) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan manamana bahagian penalti yang disebut itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, mana-mana bon di bawah Enakmen ini didapatkan di bawah peruntukan undang-undang yang berhubung dengan tatacara sivil yang sedang berkuat kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.