ENAKMEN 8 TAHUN 2006
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 - Qarinah
Pernyataan Yang Dibuat Di Bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 23. Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan ialah qarinah

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, ia dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.