ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN IKUT KADAR
Seksyen 159. Harta yang ditahan oleh perintah atau penghakiman oleh berbagai Mahkamah.
Jika harta itu tidak ada dalam penjagaan mana-mana Mahkamah semasa melaksanakan mana-mana perintah atau penghakiman yang dibuat oleh lebih daripada satu Mahkamah, Mahkamah yang akan menerima atau menghasil harta itu dan yang akan menentukan mana-mana tuntutan mengenainya dan bantahan terhadap tahanan itu hendaklah-
(
a
) Mahkamah yang tertinggi bidang kuasanya; atau
(
b
) jika tidak ada perbezaan pada peringkat bidang kuasa antara Mahkamah-Mahkamah tersebut, Mahkamah yang di bawah perintah atau penghakimannya harta itu mula-mula ditahan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.