ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 253. Salinan diperakukan dan dokumen hilang.

(1) Pendaftar boleh, dengan alasan-alasan yang munasabah membekalkan mana-mana orang dengan apa-apa salinan dokumen yang diperakukan dan dengan izin Mahkamah dengan apa-apa salinan nota keterangan yang diperakui.

(2) Mahkamah boleh, jika dibuktikan kehilangan mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah, memerintah dibekalkan duplikat atau salinannya mengikut terma-terma yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.