ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN-KEADAAN KHAS



Seksyen 23. Perkaitan catatan di dalam rekod awam pada menjalankan kewajipan.

Sesuatu catatan di dalam mana-mana daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi yang menyatakan sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan berkaitan yang dibuat oleh seseorang penjawat awam pada menjalankan tugas kewajipan rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu kewajipan yang disuruh dengan khasnya oleh undang-undang bagi negara di mana daftar, rekod atau buku itu diselenggarakan, adalah sendirinya suatu nyataan berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.