ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB I - AM



Seksyen 19. Perubahan pihak

(1) Tertakluk kepada subsekysen (2), Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding, membatalkan, menggantikan atau menambahkan mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma yang adil dan patut.

(2) Tiada seorang pun boleh dijadikan plaintif tanpa persetujuannya atau, jika dia orang tidak berkeupayaan, tanpa persetujuan wakilnya yang hendaklah ditandakan secara bertulis atau mengikut apa-apa cara lain yang dibenarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.