ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 81. Mahkamah boleh mengubah atau menambah kepada pertuduhan.

(1) Mahkamah boleh mengubah atau menambah kepada mana-mana pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman diumumkan.

(2) Tiap-tiap pengubahan atau penambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.