ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH
Seksyen 9. Kuasa-kuasa meminjam.
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri dan atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin dikehendakinya bagi menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.
(2) Jumlah-jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.