ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 161. Kesalahan memakai wang.

Barangsiapa yang diamanahkan bagi memungut, menyimpan, menjaga, mengelola atau menyampaikan wang atau harta daripada Wakaf, Baitul-Mal, Zakat dan Fitrah, derma daripada orangramai atau lain-lain perkara yang bersangkut-paut dengan Igama Islam dengan tidak menyerahkan wang atau harta itu kepada yang berhak atau mungkir daripada menjelaskan kepada yang ditentukan atau mungkir daripada membentangkan kira-kira wang itu kepada Majlis adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan. Mahkamah boleh mengeluarkan perintah supaya dibayar terus kepada mereka yang berhak menerimanya atau memulangkan kepada sesiapa atau pihak yang diarah oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.