ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin di bawah Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu---
(2) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (c) dalam seksyen-kecil (1) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telah pun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (e) dalam seksyen-kecil (1) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa ia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam seksyen-kecil (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.