ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Penangkapan



Seksyen 36. Orang yang ditangkap hendaklah dibawa di hadapan Mahkamah tanpa berlengah-lengah.

PegawaiPenguatkuasa Agama atau pegawai polis atau orang lain yang melaksanakan waran penangkapan hendaklah, tertakluk kepada peruntukan seksyen 33 mengenai jaminan, tanpa kelewatan yang tidak perlu membawa orang yang ditangkap itu ke hadapan Mahkamah di mana dia dikehendaki oleh undang-undang mengemukakan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.