ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 63. penggeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Apabila seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan menimbangkan bahawa apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi menjalankan penyiasatan atas apa-apa kesalahan yang dia berkuasa menyiasat dan ada sebab mempercayainya bahawa:

Maka pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mendapatkan dokumen atau benda di mana-mana tempat.

(2) Pegawai tersebut hendaklah, jika boleh, menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika dia tidak berupaya menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada seorang lain yang layak membuat penggeledahan itu hadir pada waktu itu, maka dia boleh mengarahkan mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah secara bertulis mengatakan dokumen atau benda lain yang hendak dicari itu dan tempat yang hendak digeledah itu dan pegawai bawahan itu bolehlah kemudiannya menggeledahkan barang tersebut di tempat yang disebutkan.

(4) Peruntukan Kanun ini mengenai waran penggeledahan hendaklah, setakat mana yang boleh, dipakai kepada pengeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.