ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah



Seksyen 9. Fakta yang perlu bagi menghurai atau mengemukakan fakta relevan.

Fakta yang perlu untuk menghurai atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu inferens yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang pengenalannya adalah relevan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu diuruskan adalah qarinah setakat mana fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.