ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 129. Bila saksi diminta bersumpah.

Apabila keadaan memerlukan atau proses pemeriksaan saksi tidak boleh dilaksanakan atau pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa membuat permohonan meminta Hakim memerintahkan saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangannya, Hakim hendaklah mengarahkan saksi tersebut mengangkat sumpah dan Hakim hendaklah memberi ingatan kepadanya itu bahawa jika dia bersumpah maka keterangannya tidak akan diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.