ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 5. Wasiat bersyarat.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat secara mutlak atau tertakluk kepada sesuatu syarat.

(2) Sesuatu wasiat yang tertakluk kepada syarat yang bertujuan untuk mengawal selia sama ada cara bagaimana harta atau manfaat harta itu hendaklah dinikmati atau kelakuan dan aktiviti benefisiari secara umum, adalah sah jika syarat itu sendiri adalah sah menurut Hukum Syarak.

(3) Sesuatu syarat kepada sesuatu wasiat adalah sah dan boleh dikuatkuasakan jika syarat itu ialah suatu syarat yang memberikan faedah yang sah kepada pewasiat atau benefisiari atau orang lain, dan tidak dilarang atau bertentangan dengan maksud syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.