ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VI - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 100. Cara mengislamkan seseorang.

(1) Seseorang yang hendak memeluk Agama Islam hendaklah melafaz dua kalimah syahadah di hadapan mana-mana orang Islam dan selepas itu hendaklah hadir menemui Qadhi atau mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis.

(2) Qadhi atau mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis hendaklah memeriksa perihal orang itu dan setelah berpuas hati, hendaklah membuat perakuan kepada Yang Dipertua untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.