ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988
BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN
Seksyen 11. Jemaah hendaklah mematuhi kurikulum yang dibuat oleh Jabatan
(1) Tiap-tiap Jemaah Pengurusan hendaklah mematuhi kurikulum yang dibuat oleh Jabatan, menggunakan buku-buku teks yang dinyatakan sedemikian dan menjalankan program mengenai latihan guru yang ditetapkan dan mengadakan apa-apa peperiksaan yang dinyatakan oleh Jabatan.
(2) Kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan atau kehendak seksyen ini hendaklah menjadi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.