ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII
Peruntukan Khas Berhubung dengan Keterangan



Seksyen 195. Laporan keterangan di dalam ketidakhadiran orang yang dituduh.

Jika dibuktikan bahawa orang yang dituduh telah tidak menghadirkan diri dan tidak ada harapan untuk menangkapnya serta merta, Mahkamah yang layak membicarakan orang tersebut bagi kesalahan yang diadukan boleh, di dalam ketidakhadirannya, memeriksa saksi-saksi (jika ada) bagi pihak pendakwa dan merekodkan keterangan mereka. Mana-mana keterangan tersebut boleh, apabila orang tersebut ditangkap, diberi sebagai keterangan di dalam perbicaraan di atas kesalahan yang dituduh, jika saksi itu telah mati atau tidak berupaya memberi keterangan atau kehadirannya tidak boleh diperolehi tanpa kelambatan, perbelanjaan atau kesusahan di mana memandangkan keadaan kes akan menjadi tidak munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.