ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 185. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika kerana kesilapan, tipuan atau sebab yang lain, penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika penjamin itu kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang memberi jaminan itu boleh mengeluarkan waran tangkap mengarahkan orang yang telah dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarah supaya ia mencari penjamin yang mencukupi dan jika ia gagal Mahkamah boleh mengarahkan supaya ia ditahan dalam penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.