ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 41. Tempat dan masa.

Penyampaian boleh disempurnakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa siang atau malam. Penyampaian selepas jam 4.00 petang hendaklah biasanya disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari berikutnya. Penyampaian yang telah disempurnakan selepas tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa, pada cuti minggu, atau pada mana-mana cuti umum, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari selepas cuti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.