ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 22. Kesalahan dan penalti.

Mana-mana orang yang menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Islam tanpa Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini atau bertindak dengan melanggari Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan, melainkan jika hukuman ada ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.