ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 137. Menggantungkan perlaksanaan sementara menunggu rayuan.

Sesuatu rayuan tidak boleh menggantung pelaksanaan hukuman tetapi Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah boleh menggantung mana-mana keputusan, perintah, sabitan, atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat-syarat yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau untuk pelaksanaan atau tidak melaksanakan mana-mana tindakan atau untuk menjalani apa-apa hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan, sabitan atau hukuman tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.