ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VI - TAKSIRAN DAN RAYUAN
BAB II - RAYUAN



Seksyen 47. Kajian semula oleh Setiausaha.

Apabila diterima suatu notis rayuan di bawah seksyen 45(1), Setiausaha boleh mengkaji taksiran yang diperayukan itu dan bagi maksud itu boleh-

(2) Jika berikutan dari kajian semula di bawah subseksyen (1) Setiausaha dan perayu dapat mencapai persetujuan secara bertulis sama ada-

maka taksiran yang dirayukan itu hendaklah dianggapkan sebagai telah disahkan, dikurangkan, ditambah atau dilepaskan mengikut persetujuan itu.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (5), jika hasil dari kajian semula di bawah subseksyen (1) Setiausaha dan perayu dapat mencapai persetujuan lisan tentang perkara-perkara yang disebutkan dalam subseksyen (2) (a) atau (b) dan Setiausaha menyampaikan pengesahan bertulis tentang persetujuan itu kepadanya, maka, melainkan jika dalam tempoh dua puluh satu hari selepas disampaikan pengesahan itu perayu memberi notis bertulis kepada Setiausaha membatalkan persetujuan itu, maka persetujuan lisan sebagaimana yang disahkan oleh Setiausaha hendaklah disifatkan sebagai suatu persetujuan bertulis mengikut pengertian subseksyen (2) sehinggalah tamatnya tempoh antara Setiausaha dan perayu itu.

(4) Tertakluk kepada subseksyen (5), jika berikutan dari kajian semula di bawah subseksyen (1) Setiausaha mengemukakan cadangan bertulis kepada perayu bahawa taksiran itu patut disahkan, dikurangkan, ditambah atau dilepaskan dan perayu pula tidak menyetuju-terima ataupun menolak cadangan itu, melainkan jika dalam tempoh tiga puluh hari setelah disampaikan cadangan itu (atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Setiausaha atas permohonan perayu) perayu memberi notis bertulis kepada Setiausaha menolak cadangan itu, maka cadangan itu hendaklah disifatkan telah disetujuterima dan sebagai suatu persetujuan bertulis mengikut pengertian subseksyen (2) sehinggalah tamatnya tempoh itu atau tempoh lanjutan, mengikut mana yang berkenaan, di antara Setiausaha dan perayu.

(5) Jika menurut kuatkuasa subseksyen (3) atau (4) suatu persetujuan mengikut pengertian subseksyen (2) di antara Setiausaha dan perayu disifatkan ada, maka salah seorang Pesuruhjaya Khas boleh, atas permohonan perayu yang dibuat kepada Pesuruhjaya Khas itu dalam tempoh tiga puluh hari selepas persetujuan itu disifatkan sebagai telah tercapai, dan selepas memberi peluang kepada Setiausaha untuk membuat representasi lisan atau representasi bertulis, mengenepikan persetujuan itu jika dia fikirkan patut dan saksama berbuat demikian mengikut hal keadaan itu.

(6) Keputusan salah seorang Pesuruhjaya Khas itu atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (5) hendaklah diberitahu oleh Setiausaha Pesuruhjaya Khas secara bertulis kepada pemohon dan juga Setiausaha dan keputusan itu adalah muktamad.

(7) Sebutan-sebutan dalam seksyen ini mengenai persetujuan yang tercapai di antara Setiausaha dengan perayu dan mengenai pengesahan dan permintaan yang disampaikan kepada perayu termasuklah sebutan-sebutan mengenai persetujuan yang tercapai di antara Setiausaha dengan seorang yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk mengelolakan surat menyurat atau selainnya bertindak bagi pihak perayu berhubung dengan rayuan itu dan dengan pengesahan dan permintaan yang disampaikan kepada orang yang sedemikian itu.

(8) Jika atas rayuan terhadap sesuatu taksiran zakat yang boleh dikenakan di bawah taksiran itu ditambah mengikut persetujuan yang tercapai di bawah sub-seksyen (2) atau yang disifatkan sebagai tercapai di bawah subseksyen (3) atau (4) dan tidak diketepikan di bawah subseksyen (5), Setiausaha hendaklah menyampaikan kepada perayu itu suatu notis seperti dalam borang yang ditetapkan yang hendaklah -

(9) Notis yang disebutkan dalam subseksyen (8) hendaklah disampaikan-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.