ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1952

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 129. Isteri tidak menurut perintah.

Seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.