ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 143. Menggantungkan dari perlaksanaan sementara menunggu rayuan.

Sesuatu rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah Kadi atau Kadi Besar yang mengetuai Mahkamah Rayuan bolehlah menggantungkan mana-mana keputusan, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan atas syarat-syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau perlaksanaan atau tidak terlaksananya dari mana-mana tindakan atau menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan, perintah, sabitan atau hukuman yang mana Mahkamah Kadi atau Mahkamah Rayuan memandang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.