ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 8. Motif, persoalan dan kelakuan yang dahulu atau selepas.

(1) Sesuatu fakta yang menunjukkan atau menjadikan sesuatu motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta releven adalah qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau seseorang agen bagi mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang releven dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau releven, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau selepasnya.

Huraian 1- Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan melainkan kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain daripada kenyataan, tetapi huraian ini tidak akan menyentuh qarinah berkenaan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2 - Apabila kelakuan seseorang itu qarinah apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dalam pendengarannya yang menyentuh kelakuannya itu adalah qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.