ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 99. Bila saksi boleh diminta bersumpah.

Jika keadaan memerlukan atau proses pemeriksaan saksi sukar dilaksanakan dan defendan atau tertuduh membuat permohonan meminta Hakim Syariah memerintahkan saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangannya, Hakim Syariah hendaklah mengarahkan saksi tersebut mengangkat sumpah dan Hakim hendaklah memberi ingatan kepada saksi itu bahawa jika ia tidak bersumpah keterangannya tidak boleh diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.