ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 118. Menterjemahkan keterangan kepada dituduh.

(1) Apabila mana-mana keterangan diberikan dalam bahasa yang tidak boleh difahami oleh yang dituduh itu,dan ianya sendiri hadir, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang dia boleh fahami.

(2) Bila dokumen-dokumen telah dikemukakan bagi tujuan pembuktian, maka ia hendaklah bergantung kepada budibicara Mahkamah untuk mentafsirkannya seberapa banyak yang difikirkan mustahak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.