ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1989 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta:

Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan melalui pemberitahuan dalam
Warta bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau bahagian-bahagian yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.