ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Seksyen 52. Bila keterangan tak asal bagi suratan boleh diberi.
(1) Keterangan tak asal boleh diberi mengenai kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu suratan yang boleh diterima sebagai keterangan dalam hal yang berikut-
(a)
apabila naskah asalnya ditunjukkan sebagai ada di dalam milik atau di bawah kuasa-
(i) orang yang terhadapnya suratan itu hendak dibuktikan;
(ii) seseorang yang ada di luar kuasa atau yang tidak tertakluk kepada perintah Mahkamah; atau
(iii) seseorang yang terpaksa di sisi undang-undang supaya mengemukakannya;
dan setelah diberi notis yang tersebut dalam seksyen 54 Enakmen ini, orang itu tidak mengemukakannya;
(b)
apabila kewujudan, keadaan atau kandungan naskah asalnya telah dibuktikan sebagai telah diakui dengan bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakilnya yang diakui dengan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam;
(c)
apabila naskah asalnya telah musnah atau hilang atau apabila pihak yang membawa keterangan mengenai kandungannya tidak boleh mengemukakan dalam masa yang berpatutan kerana apa-apa jua sebab yang tidak terbit daripada kemungkiran atau kecuaiannya sendiri;
(d)
apabila naskah asalnya berkeadaan yang ia tidak boleh dialih dengan mudah;
(e)
apabila naskah asalnya adalah suatu suratan awam dalam erti seksyen 7 Enakmen ini;
(f)
apabila naskah asalnya suatu suratan, salinannya yang diperakuinya dibenarkan diberi dalam keterangan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu di dalam Persekutuan, atau mana-mana bahagiannya; atau
(g)
apabila naskah asalnya mengandungi berbagai akuan kira-kira atau suratan lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudah di Mahkamah dan nyataan yang hendak dibuktikan itu ialah pendapatnya secara am mengenai kesemuanya itu.
(2) (i) Dalam hal
(a), (c)
dan
(d)
apa-apa keterangan tak asal mengenai kandungan suratan itu boleh diterima.
(ii) Dalam hal
(b),
pegakuan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam itu bolehlah diterima.
(iii) Dalam hal
(e)
atau
(f)
hanya salinan suratan itu yang diperakui boleh diterima.
(iv) Dalam hal
(g)
keterangan boleh diberi tentang pendapat secara am atas suratan itu oleh orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan suratan seperti itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.