ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 65. Buku catatan mengenai prosiding dalam penyiasatan.

(1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku catatan penyiasatan dengan menyatakan-
(2) Walau apa pun yang terkandung dalam undang-undang yang berkaitan dengan keterangan, orang tertuduh tidaklah berhak, sama ada sebelum atau semasa perjalanan siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa buku catatan penyiasatan itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku catatan itu, maka catatan setakat yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan tertuduh atau dipadamkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.