ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 112. Mengingat semula

(1) Seseorang saksi boleh semasa di bawah pemeriksaan mengingat semula dengan merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa urusan yang mengenainya dia disoal, atau sejurus sahaja selepasnya sehingga difikirkan oleh Mahkamah bahawa urusan itu masih jelas dalam ingatannya pada masa itu.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah betul.

(3) Apabila saksi itu boleh mengingat semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh mengingat semula dengan merujuk kepada treatis profesional.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.