ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Seksyen 9. Keahlian Majlis.
(1) Majlis hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut iaitu -
(
a
) Yang Dipertua;
(
b
) Timbalan Yang Dipertua;
(
c
) Mufti; dan
(
d
) tidak kurang daripada lapan orang tetapi tidak lebih daripada dua puluh orang ahli lain.
(2) Semua ahli Majlis hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mengikut budibicaranya dengan tauliah yang ditandatangani dan dimeteraikan mohornya.
(3) Semua ahli Majlis hendaklah memegang jawatan mereka di atas izin perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan tiap-tiap perlantikan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah dibuat bagi tempoh selama tiga tahun dari tarikhnya, kecuali ada ternyata sebaliknya dalam tauliah perlantikan.
(4) Mana-mana pegawai Majlis, melainkan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Majlis tidak boleh dilantik menjadi ahli Majlis.
(5) Timbalan Yang Dipertua hendaklah menjadi ketua pentadbir yang utama Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.