ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 174. Penjualan.

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, segala penjualan hendaklah melalui pelelongan awam pada waktu pejabat dan notis dalam Borang MS 1 tentang tarikh, waktu dan tempat penjualan yang dicadangkan itu hendaklah ditampalkan di Papan Notis Mahkamah dan ditempat penjualan yang dicadangkan ini tidak kurang daripada tujuh hari sebelum penjualan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.