ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 49. Keahlian Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Tiap-tiap rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar oleh seorang Pengerusi dan dua orang anggota terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Syarie.

(2) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi Pengerusi bagi setiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah dan sekiranya ia tidak berupaya bertugas, maka seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang terkanan hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Syarie untuk menjalankan tugas Pengerusi.

(3) Ketua Hakim Syarie berkuasa melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi anggota sesuatu prosiding Mahkamah Rayuan Syariah sekiranya difikirkan perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.