ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG



Seksyen 109. Perletakan hak.


(1) (a) Segala harta yang pada ketika mulanya berkuatkuasa Enakmen ini tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam seksyen 108 hendaklah jika berada di dalam Negeri terletak haknya pada Majlis.

(b) Harta takalih yang terletak haknya mengikut fasal (a) di atas pada seksyen-kecil (1) boleh direkodkan atau didaftarkan dalam nama Majlis setelah dibuktikan sehingga memuaskan hati Pemungut Hasil Tanah bahawa tanah itu adalah sedemikiannya tertakluk. Pemungut Hasil Tanah, tertakluk kepada pengesahannya dan pengakuannya boleh menerima sebagai keterangan senarai-senarai tanah yang sedemikiannya tertakluk yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertua.

(2) Tanah yang mana selepas bermulanya kuatkuasa Enakmen ini menjadi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam seksyen 108 boleh direkodkan dan didaftarkan dalam nama Majlis setelah mengemukakan memorandum pindah hak milik yang telah disempurna oleh pihak-pihak yang berkenaan atau setelah difailkan dengan Pemungut Hasil Tanah satu perintah Mahkamah atau Mahkamah Awam atau seorang Pemungut Hasil Tanah dalam guaman kuasa wasiat (probet), pentadbiran pesaka atau pembahagian.

(3) Majlis hendaklah mengambil segala langkah-langkah yang mustahak untuk meletak hak kepadanya bagi tujuan-tujuan yang sama mana-mana harta itu yang terletak di luar Negeri ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.