ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 74. Kuasa Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak.

Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah atau membatalkan sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah berasaskan suatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.