ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah
Seksyen 91. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat
(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau
hibah
semasa
marad-al-maut
, tiada wakaf atau
nazr
yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuat wakaf atau
nazr
itu boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.
(2) Tiap-tiap wakaf khas atau
nazr
yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini adalah batal dan tidak sah melainkan jika—
(
a
) Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan mengesahkan wakaf khas atau
nazr
itu; dan
(
b
) wakaf khas atau
nazr
itu telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui surat cara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.
(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat,
hibah
semasa
marad-al-maut
, wakaf atau
nazr
yang tidak sah di bawah Hukum Syarak.
(4) Apa-apa wakaf atau
nazr
yang sah mengikut Enakmen yang terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.