ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM
Seksyen 250. Cagaran.
(1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon. Jumlahnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar. Perbelanjaan hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi jaminan itu. Suatu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan.
(2) Apabila cagaran itu diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.
(3) Apabila jaminan itu diberi melalui bon, dua orang penjamin adalah diperlukan kecuali jikalau Mahkamah memerintah sebaliknya, dan pihak yang satu lagi itu hendaklah diberi peluang untuk membantah penjamin-penjamin itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.