ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 151. Salinan penghakiman.

(1) Apabila notis rayuan telah difailkan Hakim yang membuat keputusan itu hendaklah, jika dia belum menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan-alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan-alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.

(2) Dengan seberapa segera yang boleh selepas notis rayuan telah difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan disampaikan kepada pihak merayu atau peguam syarienya satu salinan penghakiman atau alasan-alasan keputusan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.