ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DlKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 47. Menggeledah untuk mencari orang yang dikurung dengan salah.

Jika mana-mana Hakim Syarie ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang adalah dikurung dalam hal keadaan yang menjadikan pengurungan itu suatu kesalahan, maka Hakim boleh mengeluarkan suatu waran geledah, dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh mencari orang yang dikurung itu; pencarian itu hendaklah dibuat mengikut waran itu dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan seorang Hakim Syarie yang hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut mengikut hal keadaan kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.