ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN VII - HADHANAH
Seksyen 85. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.
(1) Seorang penjaga bagi harta seorang anak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah:
(
a
) menjual, menggadai, menukar ataupun melupuskan milik mana-mana harta alih atau harta takalih anak itu; atau
(
b
)
memajakkan mana-mana tanah kepunyaan anak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.
(2) Apa-apa pelupusan harta seorang anak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai tidak sah dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang telah dilupuskan kepada anak itu.
(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah seksyen-kecil (2) melainkan jika perlu atau bermunafaat bagi kepentingan anak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.