ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 18. Kebolehterimaan Iqrar.

(1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:
(2) Iqrar yang dibuat oleh kanak-kanak mumayyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu berkaitan dengan perniagaan atau urusan itu.

(3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang akil baligh.

Huraian - Jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa sesuatu barangan atau harta adalah bagi faedah seorang kanak-kanak belum mumayyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu adalah terikat dengan pernyataannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.