ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN X - PELBAGAI
Seksyen 83. Kuasa membuat kaedah-kaedah.
(1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah-
(a) memperuntukkan mengenai potongan dan bayaran zakat di punca berkenaan dengan pendapatan daripada apa-apa pekerjaan dan pendapatan dari jenis yang disebutkan dalam seksyen 18 dan bagi mendapatkan kembali zakat yang telah dipotong atau sepatutnya telah dipotong sedemikian itu;
(b) menetapkan, kecuali jika seksyen 82(1) terpakai, apa-apa jua yang dikehendaki oleh Enakmen ini supaya ditetapkan;
(c) mengawalselia amalan dan prosedur dalam membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan prosedurnya sendiri;
(d) menghendaki mana-mana orang yang boleh dikenakan zakat yang bercadang hendak meninggalkan Malaysia supaya mengemukakan perakuan yang menyatakan bahawa dia telah membayar segala zakat dan lain-lain jumlah wang yang terhutang olehnya di bawah Enakmen ini atau bahawa Setiausaha tidak membantah tentang pemergiannya, dan menegah mana-mana orang itu meninggalkan Malaysia jika dia gagal mengemukakan suatu perakuan seperti itu;
(e) untuk mempermudahkan amnya perjalanan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.